“Ust. Asri disahkan meninggal dunia jam 11.35 pg tadi.” Lemah longlai serta merta diri hamba Allah ini apabila terbaca salah satu tajuk perbincangan di laman ILUVIslam..
Kalimah “Innalillah…” lantas terucap dari bibir..
Jari mengigil tak menentu.. Tujuan asal ingin mencari bahan pengisian baru untuk DIMAN pd malam hari jumaat dilupakan serta merta dengan khayalan yang serta merta menyinggah di birat fikiran yang sedang menjauh..
“Perginya seorang hamba Allah yang sering memperjuangkan agama melalui kelunakan suaranya.. Sedap lagu-lagunya melaungkan dan memuji Tuhan sekalian alam.. Dan kini tuhannya telah mengambilnya semula..Pinjaman roh dan jasad telah habis tempohnya..Kini dia telah lepas dari alam persinggahan menuju alam yang seterusnya..Alhamdulillah telah banyak yang dilakukannya didunia yang diharapkan menjadi bekalan ke alam terakhir nanti..”
Namun..(berdebar-debar dada secara tiba-tiba)
“Bila la diri ini akan ditarik nyawa?”
“Dah cukup amal ke belum?”
“Pasti ke dapat masuk syurga lepas dihisab nanti?”
Terlalu banyak persoalan yang tiba-tiba memintas khayalan..Memikirkan perihal diri ini yang masih dalam kekurangan..
Tetapi..
Yang pastinya diri hamba Allah I ni masih hidup untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada..
Takziah atas pemergiannya..Moga-moga dirinya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang-orang yang beriman..
Al-Fathihah..
